Ubat Penawar Kanser Efektif - Keladi Tikus Malaysia (Typhonium Flagelliforme, Rodent Tuber, Laoshu yu)

Go to content

Main menu:

Keladi Tikus (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, Laoshu yu)
Penawar Kanser Efektif (Rujukan: UPM, USM, UM, Utusan)
Makluman: Setiap data di dalam laman web ini merupakan fakta yang disertakan dengan rujukan.
Sila klik pada pautan yang telah disediakan untuk pengesahan kajian.


      Keladi tikus rawat barah - Berita Minggu Malaysia, 5 Jun, 1994.



Hope in rodent tuber (Harapan pada Keladi tikus) - The Star, 26 Julai 1999.



USM temui Keladi tikus ubat kanser. Utusan Malaysia - Arkib 17 Ogos, 1998.

Keladi Tikus (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, Laoshu yu)
Keladi Tikus atau nama saintifiknya; Typhonium flagelliforme adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai komponen aktif bagi merawat kanser serta beberapa jenis penyakit lain seperti luka, lebam, batuk, radang paru-paru serta pendarahan. Terdapat beberapa penulisan yang membahaskan tentang keupayaan yang ada pada keladi tikus, baik dari sudut negatif mahupun positif. Sinonim dengan kanser, tumbuhan ini yang juga dikenali dengan nama Rodent Tuber dalam bahasa Inggeris, atau Laoshu yu dalam bahasa Cina ini telah mula menarik perhatian pengamal perubatan alternatif dan mereka yang mencari kaedah rawatan berasaskan herba alternatif untuk meminimakan kesan sampingan. Menurut sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Utusan bertarikh 17/8/1998 menunjukkan bahawa, keladi tikus mempunyai komponen yang bukan sekadar merawat, tetapi ianya juga mampu mencegah sel kanser daripada terus merebak. (rujukan).
Apabila mencapai tahap matang, Keladi Tikus yang juga dikenali dengan nama Rodent Tuber, Tu Ban Xia atau Lao Shu Yu ini akan berbunga. Bentuk bunganya yang seakan-akan ekor tikus menyebabkan ia mendapat gelaran Keladi Tikus. Termasuk dalam kategori Araceae, berketinggian antara 25 hingga 30cm, Keladi Tikus biasanya tumbuh di dalam habitat lembap yang tidak terkena cahaya matahari secara langsung. Berdaun hijau terang, bulat dan hujung runcing berbentuk seperti daun sirih, ianya boleh dijumpai di sekitar asia tenggara dan biasanya tumbuh di kawasan hutan dara berpaya yang mempunyai tahap kelembapan (humidity) tinggi serta jauh daripada capaian manusia. Herba Keladi tikus adalah sejenis tumbuhan asli yang jarang dijumpai pada kawasan yang bertanah kering dan tidak akan membesar kecuali pada tanah yang lembab dan bewarna gelap.

Rujukan: Dr Lai Choon Sheen (USM Pulau Pinang, rujuk Publication 2009 dan 2010).

Kajian Makmal.
Sebuah artikel, hasil penelitian Universiti Sains Malaysia (USM) berkaitan kemampuan Keladi Tikus melawan sel kanser bertarikh 2/6/2008 telah diterbitkan, yang ditulis semula, dengan izin: " Several fractions of the Hexane and Dichloromethane extracts were found to inhibit the growth of NCI-H23.." dimana NCI-H23 adalah dirujuk kepada sel kanser, kajian ini menunjukkan Hexane dan Dichloromethane yang terdapat pada pokok Keladi Tikus telah mewujudkan persekitaran yang kurang sesuai bagi kanser untuk berkembang (rujukan). Pengguna dinasihatkan supaya mengenali herba Keladi tikus dengan lebih terperinci sebelum menggunakannya, ini kerana, dikhuatiri jika tersalah pilih, akan mendapatkan keladi yang beracun, ini kerana pokok herba keladi tikus yang tumbuh di Malaysia ini mempunyai lebih dari 60 jenis keladi lagi yang telah berjaya direkodkan dari cross species yang hampir sama yang tumbuh meliar di Myanmar, Filipina, Sri Lanka, Thailand, New Guinea dan pada beberapa buah negara lagi, oleh itu, pengalaman serta penelitian adalah sangat penting bagi memastikan ianya adalah datang dari spesis Araceae yang biasanya digunakan dalam bidang perubatan, rujuk Typhonium (No.20 - rujukan).

Anti Kanser
Keladi tikus, tidak seperti tumbuhan liar yang lain, adalah sebuah nama yang sangat terpencil dan kurang dikenali ramai, namun ianya amat dikenali oleh pengamal perubatan herba dan mereka yang terlibat di dalam kajian anti kanser berasaskan tumbuh-tumbuhan sebagai salah satu herba yang membolehkan pesakit kanser menarik nafas lega. Kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti awam tempatan telah membuktikan perencatan pertumbuhan sel kanser yang disatukan dengan ekstrak keladi tikus, dimana umum mengetahui bahawa kanser adalah sejenis penyakit yang bukan mudah untuk dirawat, penemuan secara tidak langsung ini telah membuka satu lagi jalan sebagai akses rawatan kepada permasalahan kanser. Kehadiran beberapa komponen aktif pada keseluruhan pokok keladi tikus ini, terutamanya Ribosome-inactivating proteins yang juga dikenali secara ringkasnya sebagai RIPs telah menjadi faktor utama bagi kematian sel kanser secara semulajadi. (rujukan).


Keladi tikus pada akhbar berbahasa cina tempatan, Sin Chew Daily (Malaysia).

Beberapa artikel telah diterbitkan untuk menunjukkan fungsi penggunaan herba keladi tikus bagi merawat pelbagai jenis kanser, ini berikutan dengan hasil daripada tindak balas Ribosome inactivating proteins - yang merupakan sejenis mekanisma pertahanan semulajadi keladi tikus yang turut berfungsi sebagai pemusnah utama sel kanser - terutamanya tumor, dan proses ini akan mewujudkan sejenis tindakbalas toksin yang dikenali dengan nama Immunotoxin, sejenis pecahan protin toksin yang mampu menurunkan kadar keaktifan sesebuah sel kanser, membantut perkembangan, merencatkan pertumbuhan dari dalam sehingga sel tersebut mati, Immunotoxins mampu menembusi tumor secara cepat walaupun kemasukkan kedalam tumor yang berbentuk pepejal (entry into tumor cell) oleh benda asing adalah terhad, kajian serta siri kejayaan penyembuhan ini telah dibuat dan direkodkan oleh National Cancer Institute (rujukan -  rujuk pada bahagian Summary and Conclusions, m/s 11).

Keladi tikus ubati kanser.
Keladi tikus adalah nama yang kurang dikenali di rantau ini, terutamanya kita di Malaysia, tetapi pada negara luar, herba telah dikenali sebagai salah satu daripada herba besar yang telah berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti keputihan, buasir, sakit gigi, radang paru-paru, sakit dada akibat merokok, termasuklah kanser. Terdapat beberapa kajian serta tesis lengkap telah dibuat terhadap herba ini (rujukan) serta penggunaannya, terutamanya pada rantau asia tenggara telah terbukti amat berkesan bagi mengubati beberapa jenis penyakit kronik. Mengikut data yang dibuat di UPM Serdang, herba Keladi tikus yang telah matang (2-6 bulan: rujuk tesis UPM Serdang) mempunyai beberapa komponen aktif yang amat diperlukan oleh tubuh untuk mencegah serta merawat kanser, rentetan daripada itu ada yang datang daripada luar negara seperti New Zealand, Filipina, Amerika Syarikat serta Australia bagi mendapatkan herba yang jarang didapati ini untuk mengubati kanser yang dihadapi.


Pokok Herba Keladi tikus liar - foto oleh Berkat Herba Nusantara.

Di Malaysia, selain digunakan bagi merawat kanser, Keladi tikus juga boleh digunakan bagi merawat penyakit lain seperti buasir, ulser, merawat luka dalaman, radang paru-paru dan juga batuk (Universiti Malaya, 11 Ogos, 2011 - rujukan). Tergolong dalam kategori yang hampir pupus, herba keladi tikus juga mampu meredakan kesakitan yang menyucuk pada dada (akibat merokok) seawal 4 - 6 jam, walau bagaimanapun, kesannya pada pesakit kanser adalah berbeza kerana masa yang diperlukan untuk mendapatkan kesannya adalah sekitar 6 hingga ke 12 bulan, malah ada yang memerlukan masa sehingga 2 tahun, ini bergantung kepada tahap sesuatu kanser yang ada pada seseorang pesakit, namun kesannya amat memberangsangkan dan boleh dilihat selepas 10 bulan penggunaan, walaubagaimana pun, jika kanser itu sudah mencapai tahap metastasis, iaitu tahap 3 dan keatas dan sudah mempunyai keupayaan untuk merebak ke tempat lain, maka masa yang diperlukan adalah lebih berbanding dengan kanser yang masih baru terbentuk iaitu pada tahap 1 atau 2.


Sebuah journal yang telah dikeluarkan oleh J. Pharm (India) berkaitan dengan herba keladi tikus
dan aktiviti sitotosiknya dalam menghalang ketumbuhan sel kanser dan bukan kanser (rujukan).

Kajian berskala besar.
Tidak hanya sekadar menjadi paparan pada beberapa dada akhbar, Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) juga telah melalui kajian terkawal (controlled studies) berskala besar oleh beberapa institusi pengajian tinggi awam tempatan dan juga luar negara sebagai salah satu daripada cabang rawatan kanser, ianya juga telah diakui oleh seorang penulis journal perubatan berasaskan tumbuhan dari Australia, Cheryll Williams di dalam bukunya: Medicinal Plants In Australia Volume 3: Plants, Potions and Poisons yang menyatakan bahawa; Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) mempunyai sifat anti kanser, mampu merawat asma serta batuk (rujukan). Pihak universiti dan pengajian awam di Malaysia serta Indonesia juga telah melakukan analisa terhadap herba keladi tikus ini, hasilnya telah membuktikan Keladi tikus sememangnya mempunyai bahan aktif yang dapat merawat dan mencegah kanser dari terus merebak. Berikut adalah antara kajian yang telah dibuat dan telah diterbitkan melalui bentuk journal berubatan, tesis Ijazah Sarjana (Master) serta Doktor Falsafah (PhD):

Journal perubatan:

  • Chemical constituents and in vitro anticancer activity of Typhonium flagelliforme (Araceae), Centre for Drug Research, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia. (rujukan)

  • Typhonium flagelliforme decreases protein expression in murine breast cancer, Department of Anatomy, Faculty of Medicine, Sultan Agung Islamic University, Semarang, Indonesia (rujukan).

  • Antibacterial and Antioxidant Activities of Typhonium Flagelliforme (Lodd.) Blume Tuber, UPM-Makna Cancer Research, Institute of Bioscience, University Putra Malaysia (rujukan).

  • Anti-ulcerogenic activity of Typhonium flagelliforme, Department of Molecular Medicine, Faculty of Medicine, University of Malaya, Kuala Lumpur (rujukan).

  • Cytotoxicity assay of Typhonium flagelliforme Lodd against breast and cervical cancer cells, UNIVERSA MEDICINA, Department of Anatomy, Faculty of Medicine, YARSI University, Jakarta, Indonesia. (rujukan).

  • Typhonium flagelliforme decreases telomerase expression in HeLa cervical cancer cells, UNIVERSA MEDICINA, Department of Anatomy, Faculty of Medicine, YARSI University, Jakarta, Indonesia. (rujukan).

  • The inhibition of Typhonium flagelliforme Lodd. Blume leaf extract on COX-2 expression of WiDr colon cancer cells, Department of Drug Design and Discovery, Faculty of Pharmacy, Sanata Dharma University, Yogyakarta. (terbital ELSEVIER - rujukan).

Tesis akademik:

  • Master: The cytotoxic effect of typhonium flagelliforme and clinacanthus nutans on breast cancer cell line - UTM, 2016 (rujukan)

  • PhD: Anti-Leukemic Effects of Typhonium Flagelliforme on Human Lymphoblastoid Cells (CEMss) and Murine Leukemic (WEHI-3) Model - UPM, 2010 (Tesis lengkap - rujukan)


Data Analisa.
Diakui mempunyai kandungan anti kanser seperti Cytotoxic dan juga Ribosome-Inactivating Proteins yang tinggi pada keseluruhan bahagian pokok, penggunaan herba keladi tikus bermula dari bahagian daun sehingga ke bahagian akarnya adalah merupakan kaedah yang paling disarankan, ini berdasarkan hasil kajian in vitro yang telah dibuat secara teliti oleh UPM-MAKNA Cancer Research Laboratory, Universiti Putra Malaysia, Serdang mendapati bahawa, wujudnya kesan morphologi kematian sel kanser (Apoptosis) yang sangat jelas, perubahan yang lain seperti perencatan bentuk sitoplasma, pengecutan perkembangan sel sehingga terjadinya pecahan DNA pada sel kanser yang disatukan dengan ekstrak keladi tikus juga telah direkodkan.



Hasil keputusan yang dijalan oleh UPM-MAKNA Cancer Research Laboratory , Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
berkaitan dengan Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) melawan kanser - Penyelidikan bergeran No. RUGS91143 (rujukan)
Keladi tikus telah menjadi salah satu daripada rawatan utama bagi merawat penyakit kanser, terutamanya di sekitar asia tenggara seperti Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Oleh kerana keberkesannya, ianya juga turut digunakan oleh pesakit dari luar negara seperti Amerika serta India, malah kajian mengenainya pernah diterbitkan oleh sebuah jornal perubatan dari Australia.

Keladi tikus, penawar kanser yang semakin pupus
Sains hari ini telah banyak membantu manusia dalam mengenalpasti komponen aktif yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan, bermula dari pemerhatian sehingga kepada hasil kajian, penemuan ini telah mengubah presepsi ramai bahawa betapa pentingnya kajian yang dilakukan untuk mendapatkan bukti yang lebih konkrit, walaupun masih ada segelintir yang menentang perubatan berasaskan tumbuh-tumbuhan, namun, hasil penemuan yang dijalankan oleh beberapa institusi terkemuka tanah air telah membuktikan bahawa, tumbuhan juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia seiring dengan kaedah perubatan moden yang digunapakai pada hari ini.

Penemuan anti kanser yang tinggi pada Keladi tikus telah mula menarik minat penyelidik dari institusi pengajian tinggi awam di Malaysia pada awal tahun 90an, selepas terdapat pesakit kanser yang telah sembuh selepas menggunakannya. Terdapat juga orang awam yang mengetahui tentang khasiat yang terdapat pada tumbuhan ini namun, oleh kerana tidak ada maklumat bertulis yang terperinci disamping terdapat usaha menyekat hasil kajian pada tumbuhan ini telah menyebabkan berita tentangnya tidak begitu diperkatakan, ditambah pula dengan kepupusan yang dialami menjadikan ianya terhad kepada pesakit kanser yang telah sembuh sahaja.

Ilustrasi di sebelah (di atas jika anda menggunakan telefon pintar) merupakan lukisan herba Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) oleh G. Loddiges (1786-1846) seorang ahli botani dari eropah yang dimuatkan dalam buku The Botanical Cabinet, Vol. 4 yang diterbitkan pada tahun 1827 (lukisan no.396), ilustrasi ini berusia hampir 200 tahun dan merupakan ilustrasi keladi tikus yang paling awal pernah direkodkan dalam sejarah dunia. Sampel pokok untuk ilustrasi ini diambil daripada Dr. Carey, Serampore, Utara Bengal, India, pada tahun 1819.

Statistik pengguna herba Keladi tikus di Malaysia sejak dari tahun 2008 sehingga kini menunjukkan kadar penggunaan yang semakin meluas, dan disebabkan oleh keberkesanannya didalam merawat penyakit kanser, ada di antara mereka yang sudah bertahun menderita kanser menunjukkan perubahan yang sangat ketara selepas menggunakan herba ini, namun begitu, penggunaan keladi tikus masih lagi terhad kerana, herba dari keluarga Araceae ini agak sukar untuk ditemui, hal ini diakui sendiri oleh Prof Dr. Christoper Teo Khen, Pensyarah Fakulti Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang memerlukan keladi tikus dalam kuantiti yang banyak bagi membantu pesakit kanser. Selain daripada mempunyai kemampuan dalam penyembuhan kanser, ianya juga dapat mengurangkan kesakitan yang dialami oleh pesakit sekaligus menjadikan ianya antara pilihan utama bagi mereka yang inginkan akses rawatan tanpa kesan sampingan.

Herba Keladi tikus yang berusia 2 bulan dan keatas dikesan mempunyai kandungan antikanser yang tinggi dan pekat berbanding dengan pokok yang berusia kurang daripada 2 bulan. (rujukan) - rujuk muka surat 2 pada bahagian Result and Discussion.


Penggunaan herba Keladi tikus bersama dengan rawatan moden hari ini telah berjaya merawat ramai pesakit kanser, walaupun pada tahap 4.
Email di atas adalah salah seorang daripada mereka yang telah berjaya sembuh dengan herba Keladi tikus (kanser perut dan buah pinggang)
 
Artikel terpelihara - Berkat Herba Nusantara @ lawankanser.net (Malaysia) 2017
Back to content | Back to main menu