6 Langkah Pencegahan Kanser - Kanser - jenis-jenis, bentuk serta kaedah yang biasa digunakan bagi merawatnya.

Go to content

Main menu:

6 Langkah Pencegahan Kanser

Kanser


Di dalam dunia moden hari ini, terdapat banyak kajian yang dapat memberikan maklumat mengenai langkah-langkah pencegahan kanser, setiap laporan yang dibuat mempunyai faktor atau sebab yang tersendiri, walaupun begitu, terdapat 6 langkah yang dapat diambil sebagai cara bagi meminimakan serangan kanser, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah atau keturunan yang mempunyai penyakit ini. Kanser secara umumnya terjadi disebabkan oleh gaya hidup yang dipilih, jika kita mengamalkan gaya hidup yang sihat dan berjaga-jaga dengan apa yang diambil, risiko serangan dapat dikurangkan, antara kaedah yang boleh dipraktikkan adalah:

1. Tidak menggunakan tembakau
Penggunaan tembakau samada dengan kaedah merokok atau kunyahan dapat meningkatkan risiko serangan kanser. Tabiat merokok biasanya akan menyebabkan terjadinya kanser paru-paru, mulut, tekak, larynx, pankreas, pundi kencing, serviks serta buah pinggang. Tabiat mengunyah tembakau pula biasanya dikaitkan dengan kanser rongga mulut serta pankreas. Pendedahan terhadap asap rokok mungkin dapat meningkatkan risiko kanser paru-paru. Berhenti menggunakan tembakau merupakan antara bahagian yang penting di dalam langkah pencegahan kanser.

2. Makan makanan yang sihat
Walaupun kaedah ini tidak menjamin serangan namun ia mungkin dapat mengurangkan risiko serangan. Antara langkah yang dapat diambil adalah:

  • Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Elakkan obesiti
  • Kurangkan gula dalam makanan dan minuman.
  • Pilih makanan yang berkalori rendah seperti sup, yogurt, ikan, bijirin.
  • Hadkan pengambilan daging proses seperti sosej atau burger.
  • Amalkan ulam atau herba yang tinggi anti-oksidan.

3. Kawal berat badan
Mengekalkan berat badan secara sihat dan ideal dapat mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser, ini termasuklah kanser payudara, prostat, paru-paru, kolon serta kanser buah pinggang. Aktif secara fizikal juga disarankan, ini dapat mengawal berat badan secara tidak langsung. Bersenam selamat 150 minit seminggu dengan melakukan aerobik sederhana atau 75 minit seminggu dengan melakukan aktiviti aerobik yang kuat dapat memberi manfaat kesihatan yang tinggi, jika boleh lakukan dengan lebih lama, ianya adalah lebih baik.

4. Amalkan herba atau ulam hijau
Pengambilan ulam-ulaman hijau yang tinggi kandungan klorofil dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser. Herba seperti keladi tikus yang mempunyai kandungan Ribosome Inactivating Protein pula dapat merawat kanser sehingga ke akar, ini telah terbukti dengan kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti awam di dalam seperti di Universiti Putra Malaysia dan juga luar negara seperti di Milan, Itali dan juga di China. Keberkesanan protin yang terkandung di dalam herba keladi tikus ini di dalam menyerang sel kanser adalah sangat berkesan. Ribosome Inactivating Protein wujud pada pokok keladi tikus sebagai mekanisma pertahanan semulajadi, ianya digunakan untuk mempertahan diri daripada serangga perosak seperti lalat buah dan serangga kecil yang lain sebelum ianya ditemui berupaya merencatkan pertumbuhan sel kanser pada manusia, selain dapat melindungi sel normal yang lain daripada terus dijangkiti.

5. Elakkan tingkah laku berisiko
Salah satu daripada kaedah pencegahan kanser yang berkesan adalah dengan mengelakkan tingkah laku yang berisiko yang dapat membawa kepada jangkitan virus yang seterusnya akan meningkatkan risiko kanser, antaranya adalah:

  • Jauhi seks bebas - lebih banyak pasangan seks yang dimiliki, lebih tinggi kemungkinan untuk mendapat jangkitan virus berkaitan seperti HIV atau HPV. Mereka yang mempunyai penyakit HIV atau AIDS mempunyai risiko kanser dubur, hati dan paru-paru yang tinggi, HPV pula sering dikaitkan dengan kanser serviks dan ia juga boleh meningkatkan risiko kanser dubur, zakar, tekak, vulva dan vagina.

  • Jangan berkongsi jarum - berkongsi jarum dengan mereka yang menggunakan kaedah intravena (kaedah memasukkan jarum ke dalam saluran pembuluh darah) boleh membawa kepada risiko HIV, hepatitis B dan hepatitis C dimana ianya boleh meningkatkan risiko kanser hati.

6. Dapatkan pemeriksaan kesihatan
Pemeriksaan kesihatan yang kerap dapat memberi petanda awal jika berlakunya serangan kanser. Rawatan yang sepatutnya dapat diberikan dengan kadar segera berbanding dengan kanser yang lambat dikesan dan sudah merebak. Rawatan seperti kimoterapi dan radioterapi biasanya akan disarankan mengikut kadar dan tahap kanser. Penggunaan herba keladi tikus pula dilihat menjadi pelengkap bagi rawatan moden sedia ada jika rawatan moden kurang memberi kesan atau hampir menemui kegagalan.

Pembelian STF Kapsul Keladi Tikus Premium Malaysia


Pembelian TF Kapsul Keladi Tikus Gabungan Aprikot
(Dihantar terus dari HQ Berkat Herba Nusantara)

 
Artikel terpelihara Berkat Herba Nusantara @ lawankanser.net (Malaysia). Setiap kajian yang dipaparkan adalah disertakan dengan sumber rujukan, sila klik pada pautan yang telah disediakan bagi tujuan pengesahan.Sila gunakan Google Chrome atau Safari untuk paparan yang lebih memuaskan.
Back to content | Back to main menu