Herba Merawat Kanser - Kanser - jenis-jenis, bentuk serta kaedah yang biasa digunakan bagi merawatnya.

Go to content

Main menu:

Herba Merawat Kanser

Maklumat Kanser
Dunia hari ini sedang berusaha untuk mencari kaedah yang terbaik bagi memerangi kanser, ada yang menyatakan senjata yang paling mujarab bagi mencegah kanser adalah dengan menjaga pemakanan sejak dari awal lagi, namun masih tidak ada jaminan bahawa kanser tidak akan menyerang, kedatangannya kadang kala tidak dirasakan langsung oleh mereka yang mengidapnya sehinggalah ia mencapai tahap yang dapat dikesan. Jika dulu kanser biasa menyerang pada mereka yang mempunyai keturunan dan mereka yang mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat, namun kini ianya berpotensi menyerang sesiapa sahaja, termasuk bayi di dalam kandungan.

Kanser mampu meragut nyawa sesiapa sahaja dan kehadirannya tidak boleh diambil mudah. Mengikut statistik yang dikeluarkan pada tahun 2012, jumlah mereka yang terselamat daripada kanser hanyalah 4 daripada 10 orang, bermakna selebihnya lagi tidak mampu diselamatkan walaupun menggunakan kaedah rawatan yang paling canggih. Kes kematian berpunca dari kanser pula berada di tangga ke 3 di hospital kerajaan dan bilangan ini akan terus meningkat jika tiada rawatan pelengkap dibuat. (rujukan)

Keladi tikus rawat kanser.
Masih tidak ramai yang mengetahui akan keberkesanan herba keladi tikus di dalam merawat pelbagai jenis kanser,dan hasil kajian berkaitan dengan kemampuan herba ini telah pun diterbitkan oleh journal perubatan dan tesis kesihatan yang merujuk kepada "sejenis herba yang tumbuh pada kawasan yang teduh dan tidak terkena cahaya matahari secara langsung". Herba keladi tikus ini telah berjaya membantu beribu pesakit kanser di sekitar asia tenggara, amerika syarikat, australia serta beberapa buah negara lain sehingga ada pengeluar produk kesihatan dari kanada yang mencampurkan ekstrak herba Keladi tikus ini di dalam produk keluaran mereka disebabkan oleh keberkesanannya di dalam merawat pelbagai jenis penyakit, hal ini menunjukkan ramai yang telah mengetahui akan khasiat herba purba ini namun tidak ramai yang berpeluang untuk mendapatkannya berikutan ianya sukar dijumpai dan hanya dapat ditemui pada negara yang beriklim hangat seperti di sekitar katulistiwa sahaja, herba Keladi tikus tidak tumbuh pada negara yang mempunyai empat musim dan kawasan bersalji. Rata-rata mereka yang menggunakan herba Keladi tikus ini telah menunjukkan tanda-tanda penyembuhan kanser yang ketara selepas 16 ke 24 bulan penggunaan, malah ada yang mengambil masa kurang daripada itu.

Keratan Berita Minggu Malaysia berkaitan dengan herba Keladi tikus yang diterbitkan pada 5 Jun, 1994.

Walaupun herba ini telah lama digunakan di Malaysia sebagai salah satu daripada penyembuh kanser, namun tidak ramai yang mengetahui akan kewujudannya, in kerana herba Keladi tikus asli ini agak rumit untuk dijumpai pada persekitaran terbuka dan memerlukan kepakaran mereka yang benar-benar arif mengenainya sebelum menggunakannya. Keberkesanan herba ini terutamanya bagi merawat kanser adalah sangat ketara, selain daripada bertindak secara menyeluruh terhadap sel kanser yang ada, ianya juga berfungsi menghalang sel kanser daripada merebak ke kawasan baru, keadaan ini dapat dilihat terutamanya pada mereka yang mempunyai kanser tahap 3 keatas dimana kesan tompok putih (kanser) yang baru wujud telah hilang selepas penggunaan herba ini disamping ketumbuhan utama yang akan melalui tempoh penguraian secara perlahan-lahan.

Bukti melalui kajian
Selain menghalang pertumbuhan sel kanser pada paru-paru (Centre for Drug Research, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia) ekstrak daripada herba keladi tikus ini juga mempunyai tindak balas yang positif terhadap sel kanser payudara (Department of Biotechnology and Medical Engineering, Universiti Teknologi Malaysia) yang menunjukkan penggunaan herba ini sebagai rawatan herba pelengkap amat membantu pesakit dalam proses penyembuhan bilamana rawatan moden menunjukkan ketidak-cekapan rawatan.

Penggunaan herba Keladi tikus disamping rawatan moden dapat meningkatkan peluang pesakit untuk sembuh sepenuhnya daripada kanser, herba ini dapat digunakan walaupun pesakit sedang dalam rawatan biasa, termasuk kimoterapi.
 
Artikel terpelihara Berkat Herba Nusantara @ lawankanser.net (Malaysia) 2011 - 2018
Back to content | Back to main menu