Kanser (Malignant) - Ubat Penawar Kanser Efektif - Keladi Tikus Malaysia (Typhonium Flagelliforme, Rodent Tuber, Laoshu yu)

Go to content

Main menu:

Maklumat Kanser
Kanser (Malignant)
Penyakit Barah yang merebak (Kanser Malignant) adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh genetik, pemakanan, gaya hidup serta persekitaran yang kurang sihat. Kanser mempunyai karakter yang tersendiri, bagaimana ia berkembang dan membiak bergantung kepada beberapa faktor utama. Kanser perlu dirawat sebaik sahaja diketahui akan kehadirannya jika tidak, banyak masalah akan timbul berikutan daripada kelewatan mendapatkan rawatan pada peringkat awal. Kanser boleh dielak dengan mengambil tahu kaedah pencegahan yang seharusnya dipraktikkan terus kedalam kehidupan seseorang individu, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah dan pertalian dengan mereka yang pernah dijangkiti penyakit ini. Kanser adalah percambahan sel di luar kawalan dan mempunyai lebih daripada 100 jenis kanser yang berbeza-beza.

Kanser boleh membahayakan tubuh pesakit apabila sel yang dijangkiti itu berkembang dan seterusnya membentuk ketumbuhan yang juga dikenali dengan tumor. Ketumbuhan (tumor) boleh tumbuh di mana-mana sahaja di dalam tubuh dan boleh mengganggu sistem pencernaan, sistem saraf (nervous system) dan juga pergerakan darah, dan apabila ianya sudah mencapat tahap boleh merebak, maka peluang untuk sembuh sepenuhnya daripada penyakit ini menjadi lebih rumit kerana kita tidak tahu di manakah ketumbuhan yang kedua ini akan wujud. Kebanyakkan daripada kes kematian yang dicatatkan membabitkan kanser adalah disebabkan oleh ketumbuhan yang kedua, selain ianya mampu mengeluarkan sejenis hormon yang boleh mengubah fungsi badan (alter the body function) ketumbuhan ini juga boleh melumpuhkan keupayaan tubuh secara perlahan-lahan yang mungkin akan menyebabkan keterbatasan didalam menjalani tugas seharian. Walau bagaimanapun, terdapat juga ketumbuhan yang tumbuh pada hanya satu tempat dan menunjukkan pertumbuhan yang terhad, ianya tidak merbahaya dan tidak merebak, ianya dikenali dengan ketumbuhan jenis benign (bukan kanser) namun harus diketahui ketumbuhan jenis benign ini boleh jadi sesuatu yang sangat merbahaya jika ianya tumbuh pada bahagian otak, mata, hidung atau pada gegendang telinga.


Kanser mulut yang mencapai tahap invasif (merebak)

Ketumbuhan terbahagi kepada dua jenis, iaitu benign dan malignant, benign adalah ketumbuhan yang tidak merbahaya kerana ianya bersifat statik dan tidak berjangkit, manakala malignant pula adalah ketumbuhan jenis merbahaya (jenis kanser) kerana:

  • Ianya boleh merebak ke seluruh anggota tubuh melalui saluran darah dan juga sistem limfa (rujukan) dan boleh memusnahkan tisu yang sihat dan proses ini juga dikenali dengan proses serangan (invasion).
  • Merupakan sel yang berupaya berpecah (multiply) dan berkembang (grow) dan mampu membina saluran darah yang baru untuk saluran makanannya sendiri dan proses ini juga dikenali dengan nama angiogenesis.

Dari sudut perubatan, apabila tumor ini berjaya berpindah ke anggota lain dan berkembang serta merosakkan tisu yang sihat, proses ini dikenali dengan panggilan "metastasized" sebagai contoh, kanser sudah metastasis ke otak, apabila keadaan ini berlaku, ia biasanya sudah berada di tahap 3 atau 4 dan sudah agak sukar untuk diubati. Penggunaan herba seperti keladi tikus secara berterusan akan mewujudkan persekitaran yang tidak sesuai bagi kanser, ini akan menghalang pembentukannya pada sebarang anggota tubuh.

Bagaimana kanser berkembang?
terdapat beberapa persoalan bagaimana sel kanser boleh berkembang, ini terletak pada perubahan sifat melekat yang ada pada mereka. Sel kanser akan beralih (unstuck) daripada sel tumor utama dan mencari tapak baru (new site) untuk memulakan kehidupan yang lain. Perubahan ini melibatkan interaksi antara molekul sel dan juga matriks extracellular yang menjadi "perancah" atau tongkat yang memegang sel kanser ini untuk membentuk perumah yang baru pada dinding sel yang sihat. Ianya tidak boleh bertindak secara sendirian tanpa bantuan yang kompleks daripada tubuh pesakit sendiri.

terdapat kajian yang menunjukkan 90% kadar kematian oleh kanser bukan disebabkan oleh ketumbuhan utama tetapi oleh tumor metastasis, oleh itu, rawatan secara terus adalah perlu pada pesakit yang telah disahkan mengidap penyakit ini, seterusnya disusuli dengan rawatan susulan secara berterusan, kerana sel kanser tidak dapat dirawat hanya dengan sekali rawatan, tambahan pula jika pertumbuhan sel kanser utama tersebut telah melepasi tahap 3, dimana ianya sudah mempunyai kemampuan untuk berjangkit ke kawasan yang lain.

Kanser adalah sejenis penyakit yang terhasil apabila sel pembunuh semulajadi (juga dikenali sebagai nature killer cell) yang ada dalam tubuh seseorang yang sepatutnya menghalang pertumbuhan kanser, tidak berada pada tahap yang optimum. Walaupun dikenali sebagai sel yang rosak, kanser pada hakikatnya merupakan sel hidup yang membesar, agresif serta boleh membawa maut jika tiada langkah pencegahan yang sewajarnya diambil. Kanser mempunyai sistem imunisasi yang kuat serta mempunyai kemampuan untuk membina kardiovaskular (saluran darah) yang tersendiri. Ia berkembang secara pecahan (multiply) pada kadar yang perlahan. Kanser biasanya dikaitkan dengan keturunan, pemakanan, gaya hidup yang kurang sihat serta radiasi, walau bagaimanapun, faktor lain juga turut memainkan peranan penting.
 
Artikel terpelihara Berkat Herba Nusantara @ lawankanser.net (Malaysia) 2009 - 2017
Back to content | Back to main menu