Kanser Kulit - Kanser - jenis-jenis, bentuk serta kaedah yang biasa digunakan bagi merawatnya.

Go to content

Main menu:

Kanser Kulit

Maklumat Kanser > Senarai Kanser
Kanser kulit secara puratanya merupakan sejenis kanser malignan yang merosakkan kulit. Ia berasal dari kawasan sel-sel yang beratur di sepanjang membran yang memisahkan lapisan permukaan kulit dari lapisan yang lebih dalam. Walaupun kanser kulit dikenali dengan kanser yang berjangkit namun terdapat juga kanser kulit yang tidak merebak yang tidak mengancam nyawa namun ianya perlu dirawat dengan segera.

Terdapat 3 jenis kanser kulit utama:

  1. Basal cell carcinoma
  2. Squamous cell carcinoma
  3. Melanoma

Kanser kulit Basal dan Squamous
Merupakan kanser kulit yang biasa menyerang bahagian kulit. Kedua-duanya mudah ditemui terutama pada bahagian yang terdedah kepada cahaya matahari seperti di kawasan kepala dan juga belakang leher. Kanser ini biasanya terjadi disebabkan oleh pendedahan yang terlalu lama kepada sinaran ultraviolet yang dilepaskan oleh matahari yang menyebabkan kerosakkan kepada kulit.

Kanser kulit basal (Basal cell carcinoma) ini dikenali dengan panggilan non-melanoma cancer dan biasanya muncul pada kulit dengan bentuk seakan tompok bersaiz sederhana berwarna merah jambu berkilat, kadang-kadang terdapat beberapa titik pigmen hitam atau coklat di dalam kawasan tersebut. Ianya boleh membesar dan boleh menjadi berkerak, berdarah namun tidak menyakitkan. Kanser kulit squamous (Squamous cell carcinoma) pula boleh muncul sebagai benjolan merah jambu dengan permukaan yang kasar. Ia biasanya mempunyai kerak pada permukaan, lembut bila disentuh serta mudah berdarah.



Melanoma
Melanoma pula adalah sejenis kanser kulit yang serius dan berpotensi untuk membawa maut. Kanser jenis ini biasanya muncul seakan-akan tahi lalat serta mempunyai lebih dari dua warna pada satu-satu kawasan. Ia bermula dari dalam kulit dan kewujudannya tidak disebabkan oleh faktor luaran seperti sinaran ultraviolet daripada matahari.

Melanoma adalah kanser yang berkembang daripada melanosit, sejenis sel yang membentuk pigmen coklat yang memberikan warna pada kulit. Melanosit juga bertanggungjawab membentuk tahi lalat.

Melanoma boleh berlaku pada mana-mana bahagian pada anggota badan, namun lebih cenderung kepada beberapa bahagian tertentu seperti di bahagian dada dan belikat bagi orang lelaki. Bagi wanita pula, kanser jenis ini biasanya muncul pada bahagian betis. Muka dan leher juga merupakan tempat biasa bagi kanser ini bermula.

Melanoma bukanlah seperti kanser kulit yang biasa seperti basal atau squamous, tetapi kanser jenis ini adalah lebih serius namun seperti basal atau squamous, melanoma boleh dirawat pada peringkat awal namun jika dibiarkan, ianya boleh merebak ke seluruh bahagian badan menyebabkan proses rawatan menjadi lebih sukar.



Contoh kanser kulit jenis melanoma.

Penyebab kanser kulit
Berikut adalah antara penyebab utama kanser kulit, antaranya adalah:

  • Pendedahan kepada cahaya ultraungu, sama ada daripada matahari atau dari katil penyamakan (katil yang memancarkan cahaya ultraungu untuk tujuan menggelapkan kulit)
  • Individu berkulit putih yang mempunyai kulit yang nipis dan sensitif. Lebih teruk lagi jika individu terbabit tinggal pada kawasan katulistiwa di mana pendedahan kepada cahaya matahari adalah sangat sengit.
  • Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah, seperti pesakit HIV / AIDS atau mereka yang pernah menggunakan ubat ubatan seperti prednisone atau kemoterapi.
  • Pendedahan kepada sinaran radiasi (x-ray) atau bahan kimia yang diketahui boleh menyebabkan kanser seperti arsenik.
  • Jangkitan virus ketuat melalui hubungan seks.
  • Mereka yang pernah mengidap kanser kulit dilihat akan mengulangi serangan kanser kulit sebanyak 20% selepas 2 tempoh tahun.
  • Warga tua dilihat berisiko membina kanser kulit pada kulit mereka berbanding orang muda.
 
Artikel terpelihara Berkat Herba Nusantara @ lawankanser.net (Malaysia) 2009 - 2017
Back to content | Back to main menu