Kanser Otak - Kanser - jenis-jenis, bentuk serta kaedah yang biasa digunakan bagi merawatnya.

Go to content

Main menu:

Kanser Otak

Maklumat Kanser > Senarai Kanser
Kanser otak (tumor otak) yang juga dikenali dengan nama intracranial neoplasm terjadi apabila terdapat sel-sel yang tidak normal wujud di dalam otak. Terdapat dua jenis ketumbuhan pada kawasan otak: malignant (ketumbuhan jenis kanser) dan juga benign. Tumor jenis kanser (malignant) yang bermula pada bahagian otak dikategorikan sebagai tumor utama (tumor primer) dan biasanya akan merebak ke bahagian lain dalam tubuh, manakala tumor kedua (tumor sekunder) adalah kanser yang bermula dari organ lain sebelum menjangkiti otak, ianya turut dikenali dengan tumor otak metastasis. Kesemua jenis tumor otak ini akan menghasilkan gelaja yang berbeza, bergantung kepada bahagian otak yang terkena serangan, gejala ini termasuklah sawan, sakit kepala, masalah penglihatan, muntah-muntah, perubahan mental seperti hilang ingatan serta perubahan personaliti. Tanda-tanda awal kanser otak ini adalah sakit kepala, terutamanya yang bersangatan pada waktu pagi dan biasanya akan berkurangan atau hilang selepas muntah, tanda-tanda ini akan lebih jelas apabila terjadinya simptom seperti: kesukaran berjalan (hilang kawalan timbangan) kesukaran bercakap serta kesukaran merasa (sentuhan serta kepekaan terhadap haba). Kanser otak tidak mempunyai tanda-tanda yang jelas sewaktu permulaan terjadi ketumbuhan, oleh itu kebanyakkan daripada pesakit tidak menyedari akan kehadirannya sehinggalah ianya mencapai tahap boleh dikesan melalui teknik imbasan CT atau melalui kaedah biopsi.

Penyebab
Antara penyebab utama kanser jenis ini masih lagi samar-samar, namun mengikut data yang dikumpul, penyakit ini boleh terkena kepada mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang pernah mengidap kanser otak, pendedahan kepada klorida yang berterusan, merokok, virus Epstein-Barr serta pendedahan kepada radiasi secara berterusan, walau bagaimana pun, tidak ada bukti kukuh terhadap pendedahan radiasi daripada telefon bimbit.


Contoh tumor yang tumbuh pada bahagian otak, diimbas melalui imbasan CT.

Jenis-jenis serangan
Antara jenis-jenis tumor utama yang biasanya menyerang orang dewasa adalah meningiomas. Ketumbuhan ini biasanya jenis benign (bukan kanser) namun kehadirannya pada bahagian otak sangat menjejaskan kemampuan inidividu di dalam melakukan tugasan harian dan ianya perlu dirawat dengan segera. Pada kanak-kanak pula, ketumbuhan yang paling biasa menyerang bahagian otak dikenali dengan nama malignant medulloblastoma dan ianya merupakan ketumbuhan jenis kanser.

Kebanyakkan daripada kanser otak adalah kanser kedua, ianya berjangkit melalui organ lain yang telah terkena kanser. Kira-kira separuh daripada kes kanser otak metastasis (otak yang dijangkiti) adalah berjangkit daripada paru-paru yang mempunyai sel kanser. Statistik menunjukkan terdapat sekitar 250,000 orang mengidap tumor otak setiap tahun. Dalam sesetengah kes, kanser otak yang teruk juga boleh menjangkiti tulang belakang. Secara umumnya, kanser otak dinilai bermula daripada tahap 1 sehingga 4, tahap ini akan diklasifikasikan mengikut tahap kecepatan mereka berkembang, dan bagaimana mereka menyerang kembali (second attack) selepas rawatan terakhir.
 
Artikel terpelihara Berkat Herba Nusantara @ lawankanser.net (Malaysia) 2009 - 2017
Back to content | Back to main menu