Kanser Ovari - Kanser - jenis-jenis, bentuk serta kaedah yang biasa digunakan bagi merawatnya.

Go to content

Main menu:

Kanser Ovari

Maklumat Kanser > Senarai Kanser
Kanser Ovari
Kanser ovari merujuk kepada mana-mana pertumbuhan kanser yang berlaku dalam ovari. Majoriti kanser ovari timbul daripada epitelium (lapisan luar) ovari. Menurut Persatuan Kanser Amerika, ia adalah diantara 8 jenis kanser yang paling biasa menyerang wanita di Amerika Syarikat, Walau bagaimanapun, kanser ovari adalah punca ke 5 kematian akibat kanser di kalangan wanita. Diantara kanser gynecologic (kanser yang tumbuh pada sekitar rahim, pangkal rahim dan ovari), kanser ovari mempunyai kadar kematian yang tertinggi berbanding kanser yang lain. Menurut data yang dikeluarkan di Amerika Syarikat, setiap tahun lebih daripada 22,000 wanita disana mengidap kanser ovari dan kira-kira 14,000 diantaranya meninggal dunia. Mengikut statistik, peratusan mereka yang mampu hidup dalam tempoh 5 tahun selepas rawatan adalah 46 peratus sahaja, selebihnya akan meninggal dunia, ini disebabkan oleh kesan daripada kimoterapi, radiasi serta saki baki kanser yang ada pada tubuh itu sendiri, walaubagaimana pun, jika kanser ovari berjaya dikesan pada peringkat awal (sebelum tumor merebak) peluang pesakit untuk hidup melebihi tempoh 5 tahun akan meningkat sebanyak 94 peratus. Faktor umur dan genetik dikenalpasti sebagai salah satu daripada penyebab utama kanser ovari.

Tanda-tanda kanser ovari
Terdapat beberapa tanda-tanda kanser ovari, antaranya adalah:
  • Perasaaan sentiasa kembung, terutamanya pada sekitar perut dan ari-ari.
  • Perut membengkak dan dirasakan terdapat ketulan yang luar biasa.
  • Ketidakselesaan di dalam perut atau di kawasan pelvis.
  • Mudah merasa kenyang dengan cepat apabila makan.
  • Kencing lebih kerap daripada biasa.
  • Pendarahan bukan haid.


Gambarajah ovari yang dijangkiti kanser

Faktor risiko
Risiko kanser ovari terbahagi kepada dua faktor utama: pelepasan telur dalam kitaran haid (ovulasi) dan sejarah keluarga. Kajian menunjukkan semakin kerap seseorang wanita itu mengalami kitaran haid, semakin tinggi risiko beliau akan terdedah kepada kanser ovari. Permulaan haid pada usia muda dan tidak pernah hamil juga memainkan peranan dalam meningkatkan lagi risiko terkenanya jangkitan serangan.

Genetik
Kira-kira 15% daripada kes kanser ovari adalah di sebabkan oleh faktor keturunan, oleh sebab itu terdapat satu garis panduan yang mencadangkan wanita yang mempunyai kanser ovari menjalani ujian bagi perubahan gen BRCA1 dan BRCA2, hal ini juga turut disarankan kepada mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengidap permasalahan kanser ovari, keseluruhan daripada proses ini akan dipantau sepenuhnya.
 
Artikel terpelihara Berkat Herba Nusantara @ lawankanser.net (Malaysia) 2009 - 2017
Back to content | Back to main menu