Kanser Paru-paru - Kanser - jenis-jenis, bentuk serta kaedah yang biasa digunakan bagi merawatnya.

Go to content

Main menu:

Kanser Paru-paru

Maklumat Kanser > Senarai Kanser
Kanser paru-paru adalah tumor mengancam (Malignant tumors) yang wujud pada paru-paru. Paling biasa adalah bronchogenic carcinoma (sekitar 90%). Barah paru-paru adalah tumor mengancam yang paling bahaya di seluruh dunia yang menyebabkan sehingga 3 juta kematian setahun.

Pendedahan kepada karsinogen, seperti yang hadir dalam asap tembakau, serta-merta menyebabkan perubahan kecil pada selaput tisu pada bronkus di paru-paru (bronchial mucous membrane). Kesan ini terhimpun, dan pendedahan berpanjangan akan menyebabkan lebih banyak tisu rosak sehingga tumor terbentuk. Jika tumor membesar ke dalam ia mungkin menghalang laluan udara menyebabkan kesukaran bernafas. Paru-paru mungkin runtuh dan jangkitan berlaku, menyebabkan bisul paru-paru - lung abscess. Pesakit akan mula batuk bahan lendir berdarah. Bagaimanapun jika tumor membesar ke luar paru-paru, pesakit mungkin tidak menyedarinya sehingga ia mula menjangkiti bahagian tubuh yang lain.

Tanda-tanda biasa termasuk:

  • Batuk berdarah.
  • Batuk teruk yang kronik.
  • Nafas bersiul.
  • Sakit dada (tengah, kiri atau kanan dada).
  • Rasa seakan terdapat sesuatu pada bahagian paru-paru, terutama ketika memusingkan tubuh kekiri atau kanan.
  • kehilangan berat badan atau kehilangan selera makan.
  • pendek nafas secara tiba-tiba.
  • cepat mengah, terutamanya selepas melakukan kerja berat walaupun sekejap.

Kanser paru-paru biasanya disebabkan oleh penggunaan tembakau, ia bermula di negara barat sejak perang dunia kedua. Ia mewakili 20% dari kesemua kanser di Amerika Utara, dibanding 1 ke 2% di Afrika. Sila perhatikan bahawa penyakit ini berlaku agak umum di kalangan lelaki, disebabkan tabiat merokok mereka.

Kanser paru-paru menjadi masalah yang semakin besar pada wanita setiap tahun. Jika kecenderungan sekarang berlanjutan, dalam masa 10 ke 15 tahun, kes kanser paru-paru pada lelaki dan wanita akan muncul : kejadian ini akan menjadi sama, bila 3.5:1 (3 kali lebih bagi lelaki) pada tahun 1975, dan 1.5:1 pada tahun 1999. Umur yang sesuai untuk diagnosa ialah 66 tahun.

Rawatan kanser paru-paru adalah rumit, lebih rumit apabila ianya lambat dikesan.

Semakin ramai kematian yang disebabkan oleh kanser paru-paru dibanding dengan pergabungan kanser kolon, payudara dan prostat. Dalam tahun 2004, anggaran kes-kes baru kanser paru-paru di Amerika Syarikat adalah 173,770 : 93,110 kes-kes antara lelaki dan 80,660 antara wanita, menurut kepada Persatuan Kanser Amerika. menaksir 160,400 kematian, lebih kurang 30% daripada semua kematian yang disebabkan oleh kanser, akan berlaku dalam tahun 2004.

Faktor risiko:
  • Merokok atau pendedahan kepada asap rokok. Risiko yang lebih tinggi jikalau menghisap rokok secara berlebihan.

  • Pendedahan ke bahan kimia industri : Asbestos adalah satu dari bahan kimia yang diketahui, gas radon, kadmium, nikel, bahan kimia industri, tar dan habuk karbon.

  • Perokok lebih berisiko jika didedahkan ke bahan kimia industri tersebut dan pencemaran atmosfera.

Terdapat empat punca utama kenapa seseorang mendapat barah paru-paru (atau barah secara umum):

  • Karsinogen seperti yang terkandung dalam rokok.
  • Radiasi mengion (Ionizing radiation).
  • Kecenderungan genetik.
  • Jangkitan virus.
Menghisap tembakau (merokok) dipercayai punca utama kanser paru-paru, dengan itu secara teori menjadikannya secara teori salah satu penyakit paling mudah dihalang iaitu dengan berhenti merokok. Dianggarkan 80% barah paru-paru disebabkan oleh beratus-ratus karsinogen yang diketahui, seperti benzen, hadir dalam asap rokok. Tempoh masa seseorang berterusan merokok dan juga jumlah asap meningkatkan lagi peluang mendapat barah. Bagaimanapun jika seseorang berhenti merokok peluang ini berkurangan kerana kerosakan pada paru-paru akan sembuh tetapi memakan masa yang agak lama. Perokok pasif, di mana hembusan asap disedut oleh orang lain, baru-baru ini dikenal pasti sebagai punca lebih utama barah paru-paru dari apa yang dipercayai sebelumnya. Agensi Perlindungan Alam Sekitar US (US Environmental Protection Agency) (EPA) pada tahun 1993 memutuskan bahawa 3,000 kematian berkait barah paru-paru disebabkan oleh perokok pasif setiap tahun, bagaimanapun sejauh mana kebenarannya masih dipertikaikan di kalangan pakar sains.

Asbestos merupakan karsinogen lain yang popular diketahui terutamanya bagi mesothelioma (menyerang lapisan mesothelium paru-paru, abdomen atau jantung). Seringkali pendedahan ini berlaku kepada mereka yang tidak dapat dielakkan kerana pekerjaan mereka.

Radon adalah gas tanpa warna atau bau yang terhasil dari penguraian bahan radioaktif radium, yang mana merupakan menjadi bahan penguraian uranium, yang terdapat dalam kerak bumi. Ia merupakan punca kedua utama barah paru-paru selepas merokok. Radiasi ini mengion bahan genetik, menyebabkan mutasi yang kadang-kala menjadi barah. Aras gas radon berbeza bergantung lokasi anda tinggal. Di kawasan seperti Cornwall di United Kingdom, gas radon merupakan masalah utama, dan kipas perlu dipasang untuk menyingkir gas. Di Amerika Syarikat EPA menganggarkan bahawa 1 dalam 15 rumah mengandungi aras gas radon melebihi piawaian yang dicadangkan. Gen onkogen dipercayai menjadikan seseorang lebih cenderung mendapat barah. Proto-onkogen dipercayai bertukar menjadi onkogen apabila terdedah kepada karsinogen tertentu. Virus dipercayai menyebabkan barah pada manusia, kerana kaitan ini telah dibuktikan pada haiwan.

Perkembangan kanser:

Kanser paru-paru dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu “small cells lung cancer” (SCLC), dan “non-small cells lung cancers” (NSCLC) mewakili 25% dan 75% masing-masing. Sel-sel paru-paru menukar menjadi sel-sel kanser apabila berlaku ketidakseimbangan fakta-fakta perkembangan sel tersebut. Barah ini boleh melarat ke tulang, hati dan otak.

Simptom:
- Batuk berdarah;
- batuk yang berlarutan;
- jangkitan kuman saluran pernafasan dan paru-paru yang susah diubati;
- Suara kasar, lemah lesu dan susut berat badan;
- Sakit-sakit tulang, air dalam pelura paru-paru dan sakit tulang belakang.

Pencegahan awal:
  • Berjumpa doktor atau buat semakan di hospital kerajaan.
  • Jika anda seorang perokok, berhentilah merokok sekarang. Berhenti merokok dapat mengurangkan risiko kanser paru-paru selepas 10 tahun.
  • Pemeriksaan imbasan CT dengan dos rendah / resolusi tinggi, bergabung dengan ujian petanda tumor disusuli dengan rawatan akan memperbaiki keadaan kanser paru-paru.
  • Penggunaan kapsul Keladi tikus dengan dos 4 biji pagi dan 4 biji petang dapat mengurangkan kesakitan yang dirasakan pada kawasan yang terkena serangan, terutamanya pada bahagian paru-paru.
 
Artikel terpelihara Berkat Herba Nusantara @ lawankanser.net (Malaysia) 2009 - 2017
Back to content | Back to main menu