Kanser Tiroid - Ubat Penawar Kanser Efektif - Keladi Tikus Malaysia (Typhonium Flagelliforme, Rodent Tuber, Laoshu yu)

Go to content

Main menu:

Maklumat Kanser > Senarai Kanser
Kanser tiroid - pengenalan
Kelenjar tiroid berbentuk seakan-akan  rama-rama dan terletak di kawasan leher. Kelenjar  ini mempunyai dua cuping dan dipisahkan oleh jalur nipis tisu dipanggil segenting (Isthmus). Kelenjar ini berfungsi untuk mengawal mekanisme badan kita dan menghasilkan hormon tiroid apabila diperlukan. Dua jenis sel yang menghasilkan hormon adalah sel-sel folikel dan sel-sel C. Sel-sel folikel menghasilkan hormon tiroid yang mengawal denyutan jantung, suhu badan dan menghasilkan tenaga untuk tubuh manusia. Sementara itu, sel-sel C menghasilkan calcitonin, sejenis hormon yang membantu untuk mengawal tahap kalsium dalam darah. Apabila pengeluaran hormon ini berlebihan dalam badan, ia dikenali sebagai hipertiroidisme manakala apabila ia terlalu sedikit ia dikenali sebagai hipotiroidisme. Kanser tiroid bermula apabila sel-sel dalam kelenjar tiroid menjadi tidak normal serta tumbuh tanpa kawalan dan membentuk tumor malignan tiroid.

Kanser tiroid adalah jenis yang jarang berlaku yang memberi kesan kepada kelenjar tiroid. Ia biasanya menyerang mereka yang berumur 30 hingga ke 60 tahun dan kebanyakkan daripada pesakit adalah terdiri dari golongan wanita. Kebanyakkan daripada kanser tiroid ini boleh diubati walaupun ianya boleh menyerang kembali selepas rawatan.

Antara tanda-tanda kanser tiroid:

  • Terdapat ketulan yang menyakitkan atau bengkak di bahagian hadapan leher.
  • Bengkak pada kelenjar di leher.
  • Terjadinya suara yang serak secara tiba-tiba yang tidak hilang selepas beberapa minggu.
  • Sakit tekak yang semakin teruk
  • Kesukaran menelan.

Tanda dan Gejala
Kanser tiroid pada peringkat awal tidak menunjukkan sebarang gejala, namun apabila sel-sel kanser tiroid mula membangun, tanda-tanda mudah dirasai dan dilihat sebagai benjolan di hadapan leher.


Ilustrasi kedudukan kelenjar tiroid pada tubuh manusia.

Komplikasi
Apabila sel-sel kanser tiroid membesar, komplikasi yang sangat ketara seperti kesukaran menelan, deglutition, bercakap, menarik nafas panjang, dan kesakitan membakar atau sakit di sekitar leher.

Terdapat empat jenis kanser tiroid utama, antaranya adalah:

  • Papillary carcinoma - merupakan kanser tiroid yang biasa menyerang, kira-kira 8 dalam 10 kes dan biasanya menyerang mereka dibawah umur 40. Wanita lebih terdedah kepada kanser jenis ini
  • Follicular carcinoma - adalah kanser yang jarang di jumpai, biasanya 1 dalam 10 kes. Ia biasanya menyerang mereka pada umur pertengahan, terutamanya wanita.
  • Medullary thyroid carcinoma - juga merupakan kanser yang jarang dijumpai - 1 dalam 10 kes, dan kanser jenis ini biasanya berlegar di kalangan ahli keluarga, sebagai contoh, jika si ayah mempunyai kanser tiroid jenis ini, maka anak-anak juga akan mempunyai kanser tiroid yang sama.
  • Anaplastic thyroid carcinoma - merupakan kanser yang paling serius dan sangat jarang ditemui - 1 dalam 50 kes, biasanya menyerang mereka berumur lebih dari 60 tahun.

Rawatan
Kanser tiroid boleh dirawat dengan beberapa cara seperti pembedahan, radioterapi, kemoterapi dan juga pengambilan ubatan berasaskan herba (non-chemical medicine). Pesakit dinasihatkan supaya tidak makan makanan laut kerana ia mengandungi iodin yang tinggi yang boleh menyebabkan sel kanser menjadi lebih aktif.
 
Artikel terpelihara - lawankanser.net (Malaysia) 2009 - 2017
Back to content | Back to main menu