Kanser - Ubat Penawar Kanser Efektif - Keladi Tikus Malaysia (Typhonium Flagelliforme, Rodent Tuber, Laoshu yu)

Go to content

Main menu:

Maklumat Kanser
Kanser (can┬Ěcer)
Kanser atau barah adalah sejenis penyakit dimana wujudnya sel yang berkembang biak secara tidak terkawal. Ia biasanya tidak menujukkan sebarang petanda sehinggalah pesakit dapat merasakan sebuah perubahan pada tubuhnya sendiri, ini termasuk pembengkakan atau ketulan yang luar biasa pada anggota badan. Kanser tidak hanya menyerang mereka yang mempunyai sejarah keturunan sahaja, malah ianya berpotensi menyerang sesiapa sahaja terutama mereka yang mempunyai gaya hidup yang tidak seimbang. Walaupun ada pihak yang menyatakan bahawa kanser tidak boleh diubati, tetapi dengan kajian dan penambahbaikan dari sudut perubatan moden dan bukti melalui kajian saintifik, kanser dapat dirawat dan pencegahan pada peringkat awal sangat membantu mengurangkan risiko terkenanya penyakit yang boleh membawa maut ini. Rawatan seperti kaedah pembedahan adalah satu cara yang paling cepat bagi mengeluarkan sel rosak ini daripada tubuh, disusuli dengan rawatan seperti pengambilan ubat-ubatan moden atau herba yang dapat menghalang saki baki kanser daripada membina perumah baru pada anggota badan yang lain.

Sel yang tidak terkawal
Kanser merupakan sejenis penyakit yang pada lazimnya, merupakan pertumbuhan sel yang tidak terkawal yang mengubah informasi genetik pada sel. Tubuh kita terbina dengan gabungan berbilion sel untuk membentuk tisu dan organ seperti otot, tulang, paru-paru, hati dan lain-lain. Gen yang terdapat pada setiap sel pula mengawal pertumbuhan, cara kerja serta penghasilan semula sel baru. Secara normalnya, setiap sel akan bekerja mengikut peraturan yang kompleks bagi mengekalkan pembentukan tubuh individu namun, apabila ianya terpisah daripada rantaian perintah daripada sel-sel yang lain akan menyebabkan terjadinya pertumbuhan sel yang bermasalah yang secara kebiasaannya, berbentuk ketumbuhan dan berada di luar kawalan.

Ketumbuhan, yang kita sedia maklum terbahagi kepada dua jenis, Benign dan juga Malignant, ketumbuhan jenis benign tidak merbahaya, tidak mengancam nyawa dan biasanya tidak merebak ke kawasan yang lain, berbeza dengan malignant dimana ianya adalah jenis yang merbahaya dan mempunyai keupayaan menyerang kawasan yang lain, oleh sebab itu adalah penting untuk mengesan ketumbuhan jenis malignant pada peringkat awal sebelum ianya menyerang anggota tubuh yang lain. Antara faktor terjadinya kanser pada seseorang individu adalah disebabkan oleh faktor dalaman (genetik) dan juga faktor luaran (pemakanan, gaya hidup, kurang aktiviti fizikal) merokok dan mengambil minuman beralkohol boleh meningkatkan risiko terjadinya kanser pada seseorang individu.


Sebuah artikel tempatan berkaitan dengan Keladi tikus (Rodent tuber) sejenis tumbuhan yang digunakan untuk merawat kanser.

Setiap kanser mempunyai karakter yang tersendiri, seperti kanser yang tumbuh pada tisu kelenjar (glandular tissue) contohnya kanser payudara, dikenali sebagai adenocar-cinomas, manakala kanser yang terbentuk pada tulang atau otot pula dikenali dengan panggilan sarcomas, namun ciri utama yang wujud pada setiap kanser adalah pertumbuhan atau kematian sel yang tidak terkawal. Setiap tahun, 11 juta orang disahkan mengidap kanser dan hampir 7 juta meninggal dunia disebabkan oleh kanser. Persekitaran memainkan faktor utama di dalam permasalahan ini dan statistik menunjukkan, merokok adalah penyumbang utama dalam kebanyakkan kes yang direkodkan.

Diberitahu bahawa anda telah mengidap kanser merupakan sesuatu yang amat sukar untuk diterima, namun mengikut statistik, setiap tahun hampir 40,000 rakyat Malaysia disahkan mempunyai penyakit yang membawa maut ini, dan dianggarkan 1 daripada 4 orang rakyat Malaysia mengidap penyakit ini saban tahun. Kanser adalah penyakit yang ditakuti dan biasanya berakhir dengan kematian, walaupun terdapat kaedah moden yang dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ini, namun tidak ada jaminan bahawa rawatan tersebut mampu merawat penyakit ini sepenuhnya. Mencegah kanser adalah lebih baik daripada merawatnya, mengamalkan gaya hidup yang sihat mampu mengurangkan terkenanya penyakit kanser.


Rawatan kanser sudah tidak boleh hanya tertumpu kepada satu kaedah sahaja. Keterbukaan kepada penggunaan herba sebagai salah satu cara rawatan dilihat sudah menjadi keperluan.

Kanser boleh terjadi pada hampir setiap kawasan pada tubuh kita, terutama pada kawasan yang mempunyai saluran darah, ini kerana kanser mendapat bekalan makanan dan bermetastasis (berjangkit) melalui saluran darah. Kanser tumbuh dengan cepat secara pecahan (multiply) dan biasanya tidak akan berhenti membesar sehingga mampu untuk menjangkiti kawasan lain. Kanser biasanya akan dirawat melalui kaedah pembedahan, dan rawatan susulan seperti kimoterapi akan digunakan bagi memerangi sel yang ada, namun kanser biasanya akan kembali menyerang selepas 2 hingga 5 tahun daripada tarikh akhir kimoterapi yang berjaya dan pada masa ini dos kimoterapi akan dinaikkan bagi mengatasi serangan berikutnya. Sel kanser yang aktif mampu membina perumah dan saluran darah yang tersendiri, ianya mampu mengawal persekitarannya, mengabaikan isyarat berhenti dari membesar, menyamar sehingga kelihatan sebagai sebuah sel yang normal pada tubuh. Kanser mampu berkongsi ketumbuhan yang sama pada satu-satu masa, ini bermakna terdapat kes dimana terdapat dua jenis kanser serentak pada satu tumor. Kanser yang menjangkiti tempat atau organ baru dipanggil metastatik, manakala proses itu dipanggil metastatis.

Kanser metastatik
Kanser metastatik merujuk kepada tumor utama dimana, jika ianya menjangkiti bahagian lain pada tubuh, kanser yang baru tersebut tidak dipanggil sebagaimana tempat tersebut namun masih dikenali dengan kanser pada bahagian asal, sebagai contoh, jika kanser paru-paru menjangkiti hati, kawasan hati yang terkena kanser itu tidak dikenali dengan kanser hati, namun dikenali dengan kanser paru-paru metastatik. Kanser metastatik merupakan pembunuh utama dan ramai pesakit meninggal dunia bukan disebabkan oleh ketumbuhan utama tapi disebabkan oleh ketumbuhan baru yang merebak ke organ lain di dalam tubuh. Kanser metastatik boleh memberi kerosakkan yang teruk pada tubuh, ianya menjadi sukar dikesan apabila sudah memasuki saluran darah, disebabkan kimoterapi hanya mensasarkan titik tertentu sahaja dan bukan pada keseluruhan tubuh, maka kanser jenis ini akan terus berkeliaran di dalam tubuh sehingga menjumpai kawasan yang sesuai bagi membina perumah baru, dan lebih merbahaya jika ianya membina perumah pada bahagian yang sensitif seperti di kawasan otak.

Terdapat beberapa jenis pertumbuhan sel (cell growth) pada kadar yang cepat berbanding biasa yang selalunya dikaitkan dengan kanser, antaranya adalah:

  • Hyperplasia
Hyperplasia bukanlah sel kanser dan bukan semua sel yang berkembang dengan cepat itu adalah kanser, terdapat juga sel yang berkembang dengan cepat berbanding sel normal namun masih di bawah kawalan dan hyperplasia adalah satu daripadanya. Hyperplasia ini berlaku disebabkan oleh kerengsaan otot yang kronik disebabkan oleh virus, bakteria, atau bahan kimia.

  • Displasia
Merupakan pertumbuhan sel yang agak serius berbanding hyperplasia. Pada displasia terdapat sel-sel tambahan yang perlu diberi perhatian. Secara umumnya, lebih banyak sel-sel asing yang timbul pada displasia, maka lebih tinggi risiko kanser akan terbentuk. Contoh displasia adalah tahi lalat yang tidak normal perlu dirawat dengan segera.

  • Carcinoma in situ
Berbeza dengan carcinoma dimana ianya adalah sejenis kanser, carcinoma in situ ini adalah sejenis penyakit yang menghampiri dan kadang-kadang turut dikenali dengan kanser, namun ianya bukan kanser kerana carcinoma in situ ini tidak merebak di luar tisu asal dan tidak menyerang tisu disekelilingnya sebagaimana yang sel kanser lalukan, namun oleh kerana kecenderungannya menjadi kanser, maka ia biasanya akan terus dirawat dengan segera.


Keladi tikus rawat Kanser.
Hasil sesebuah kajian merupakan kunci utama bagi mendapatkan keputusan yang terbaik untuk mengubati sesuatu penyakit, kaedah ini diguna samada pada perubatan moden mahupun perubatan berasaskan herba bagi menentukan dos yang bersesuaian yang diperlukan oleh pesakit. Di zaman yang serba canggih ini, kajian saintifik adalah amat penting bagi memastikan keberkesanan sesebuah rawatan yang tidak hanya bergantung pada penceritaan semata-mata. Penggunaan keladi tikus bagi rawatan kanser merupakan salah satu cara yang telah dibuktikan keberkesanannya oleh beberapa universiti tanah air, termasuk Universiti Putra Malaysia Serdang yang giat menjalankan kajian berasaskan tumbuh-tumbuhan. Pada permulaan, kajian terhadap keladi tikus ini dimulakan di USM Pulau Pinang oleh Prof Dr. Christoper Teo Khen, Pensyarah Fakulti Sains Kajihayat, oleh kerana kandungan anti kanser yang tinggi pada tumbuhan ini maka kajian susulan telah dibuat oleh beberapa buah universiti awam tempatan yang lain (Senarai). Salah satu daripada penelitian tersebut telah dibuat pada sampel sel leukemia manusia oleh Makmal Kajian Kanser MAKNA-UPM, Universiti Putra Malaysia, Serdang (Rajah 1 di bawah). Kajian ini telah membuka satu lagi dimensi baru bagi akses rawatan kanser melalui kaedah biokimia.



Rajah 1. Penurunan kadar keaktifan sel kanser menggunakan ekstrak daun keladi tikus. (rujukan)
Serangan kedua (second attack)
Keupayaan kanser untuk membentuk perumah kedua disamping tumor utama perlu diberi perhatian serius. Kemampuan bermetastasis ini menunjukkan ianya mampu memindahkan sel yang telah dijangkiti kepada bahagian normal yang lain sehingga mewujudkan dua atau tiga ketumbuhan lain pada satu-satu masa di kawasan yang berbeza yang boleh mendatangkan maut jika tidak ada rawatan segera diambil. Tumor utama memainkan peranan utama didalam penyebaran ini dan ia biasanya terjadi setelah ianya mencapai tahap 3 atau 4. Walaupun tumor utama telah dibuang melalui kaedah pembedahan namun, masih terdapat lagi saki-baki ketumbuhan yang telah tersebar melalui saluran darah dan ia mampu membentuk tumor baru pada masa hadapan dan biasanya ketumbuhan kedua lebih ganas daripada ketumbuhan pertama.
Imej berikut adalah contoh ketumbuhan kedua (second attack) yang menyerang bahagian hati (pesakit pada awalnya mempunyai kanser pankreas).
Penyakit Kanser (sambungan)
 
Artikel terpelihara Berkat Herba Nusantara @ lawankanser.net (Malaysia) 2009 - 2017
Back to content | Back to main menu