Pencegahan Kanser - Kanser - jenis-jenis, bentuk serta kaedah yang biasa digunakan bagi merawatnya.

Go to content

Main menu:

Pencegahan Kanser

Maklumat Kanser
Pencegahan kanser
Terdapat beberapa cara bagi mengelak daripada serangan kanser, walaupun kaedah yang akan disenaraikan ini tidaklah menjamin sepenuhnya serangan kanser pada masa akan datang disebabkan oleh persekitaran yang tidak dapat dielakkan, namun sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjauhinya dengan mengamalkan beberapa kaedah yang disarankan seperti berikut:

  • Berhenti menggunakan tembakau
Penggunaan tembakau samada secara inhaling (sedutan asap - merokok) atau chewing (menghisap air tembakau) dapat meningkatkan risiko terkenanya kanser, terutama bagi mereka yang menggunakan produk berasaskan tembakau seperti rokok pada usia muda. Kajian menunjukkan merokok telah dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser, terutamanya kanser paru-paru, mulut, tekak, larinks (kerongkong) pankreas, kanser pundi kencing, pangkal rahim serta buah pinggang. Mengunyah serta menghisap tembakau pula sering dikaitkan dengan kanser rongga mulut dan juga pankreas. Walaupun anda tidak menggunakan tembakau, pendedahan kepada asap rokok boleh meningkatkan risiko terkenanya kanser paru-paru. Merokok juga antara punca utama kelahiran bayi pra-matang serta keguguran.

Berhenti merokok merupakan satu keputusan yang sangat besar di dalam hidup, selain daripada memberikan suasana yang bersih kepada ahli keluarga, ianya juga merupakan bahagian yang penting di dalam usaha mencegah kanser pada diri sendiri dan juga ahli keluarga yang lain.

  • Jauhi alkohol
Pengambilan alkohol dalam kuantiti yang banyak dapat mengakibatkan terjadinya kanser pada tubuh, terutamanya pada hati. Hal ini disebabkan oleh kandungan toksik yang terkumpul pada hati dapat mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk kanser berkembang. Kanser hati merupakan salah satu daripada kanser yang sukar untuk diubati. Berhenti mengambil alkohol adalah jalan yang terbaik bagi mengurangkan risiko terkenanya serangan kanser.

  • Makan makanan yang sihat
Di zaman moden ini, pemilihan makanan yang sihat dilihat agak sukar untuk diamalkan di dalam kehidupan seharian. Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan yang boleh menyebabkan kanser namun sukar untuk dikenalpasti, ada di antaranya sudah sedia berada di dalam peti sejuk atau sudah terhidang di atas meja makan kita. Makanan segera, makanan di dalam tin yang tinggi bahan mengawet, daging yang diproses seperti hot dog atau salami, gula dan alkohol dilihat antara makan yang boleh menyebabkan kanser jika diambil secara berlebihan.

  • Makanlah banyak buah-buahan, sayur sayuran serta bijirin dan kekacang dapat mengimbangi diet seharian. Buah-buahan yang ditanam sendiri adalah lebih baik daripada buah-buahan yang dibeli di kedai kerana dikhuatiri penggunaan racun yang berlebihan untuk kesegaran buah tersebut akan mengundang kepada permasalahan kanser tanpa kita sedari.

  • Hadkan pengambilan daging proses seperti sosej, burger, naget dan lain-lain. Mengikut satu laporan dari Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (International Agency for Research on Cancer) di bawah kelolaan World Health Organization telah membuat kesimpulan bahawa pengambilan sejumlah besar daging yang telah diproses boleh meningkatkan risiko terjadinya sesetengah jenis kanser. Pengambilan ikan sebagai diet utama menggantikan daging merah dilihat menjadi alternatif kepada mereka yang ingin mengurangi risiko terkena jangkitan kanser.

  • Kawal berat badan dan aktif secara fizikal
Mengekalkan berat badan pada julat yang sihat dapat mengurangkan risiko terkena jangkitan pelbagai jenis kanser termasuk kanser payudara, prostat, kanser paru-paru, kolon serta kanser buah pinggang. Aktiviti fizikal juga didititik beratkan untuk membantu mengawal berat badan dan senaman yang mengeluarkan peluh yang banyak dengan sendiri akan mengurangkan risiko kanser payudara bagi mereka yang sedikit berusia.

Bersenam mempunyai banyak manfaat kesihatan, namun untuk mendapatkan lebih manfaat kesihatan, cubalah senaman seperti jogging atau berenang sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu ditambah dengan 75 minit aktiviti fizikal yang menggunakan tenaga seperti angkat berat, menyangkul dan sebagainya. Anda juga boleh melakukan kombinasi senaman biasa dan bertenaga secara bergilir-gilir atau jika anda mempunyai masa, lakukan sebarang aktiviti yang mengeluarkan peluh selama 30 minit setiap hari, dan jika anda boleh lakukan dengan lebih banyak, ianya adalah lebih baik.

  • Lindungi diri daripada matahari.
Elakkan diri anda daripada sinaran matahari tengahari pada kadar yang terlalu lama, bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang atau semasa sinar matahari sedang kuat memancar. Apabila anda berada di luar rumah, cubalah mencari kawasan yang mempunyai bayang atau lindungi diri anda dengan memakai topi dan cermin mata hitam. Ultraviolet yang dilepaskan oleh matahari boleh mengakibatkan serangan kanser kulit, jika kulit dibiarkan terdedah terlalu lama kepadanya.

  • Dapatkan suntikan
Kanser dapat dicegah dengan lebih awal melalui suntikan tertentu, terutamanya jika anda mempunyai masalah seperti:

  • Hepatitis B - penyakit hepatitis B boleh meningkatkan risiko terkenanya serangan kanser hati. Vaksin hepatitis B pula biasanya digunakan kepada orang dewasa tertentu yang berisiko tinggi dijangkiti virus tersebut seperti mereka yang suka bertukar pasangan, pengguna dadah yang berkongsi jarum suntikan, lelaki yang melakukan seks dengan lelaki serta pekerja kesihatan yang terdedah kepada darah atau cecair daripada mereka yang telah dijangkiti.

  • Human papilloma virus (HPV) - HPV adalah sejenis virus kelamin yang boleh membawa kepada permasalah kanser serviks serta kanser yang lain seperti kanser-kanser sel skuamus pada bahagian kepala dan juga leher. Vaksin HPV biasanya disyorkan kepada kanak-kanak perempuan dan juga lelaki yang berumur antara 11 ke 12 tahun.

  • Elakkan seks bebas.
Seks bebas juga dilihat menjadi salah satu penyebab utama terjadinya beberapa penyakit yang sukar untuk diubati - seperti HIV atau HPV. Mereka yang mengamalkan seks bebas selalunya akan dijangkiti virus HIV dan AIDS dan golongan ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terdedah kepada kanser dubur, hati dan paru-paru berbanding orang normal, malah virus AIDS itu sendiri akan memusnahkan daya tahan tubuh melawan penyakit yang akan menyebabkan tubuh menjadi rosak dari dalam. Virus HPV juga sering dikaitkan dengan kanser pangkal rahim (serviks) namun ianya juga boleh meningkatkan risiko kanser zakar, tekak, vulva serta faraj.

  • Dapatkan pemeriksaan kesihatan
Pemeriksaan kesihatan mungkin dianggap sesuatu yang remeh bagi sesetengah orang, namun ia sebenarnya dapat mengesan tanda-tanda kanser dengan lebih awal dan rawatan pada peringkat awal adalah lebih baik daripada rawatan pada peringkat di mana kanser sudah mencapai tahap metastasis (merebak). Penggunaan ubat atau herba yang mampu mencegah kanser juga dilihat menjadi pertahanan yang kukuh bagi mengelakkan terkena serangan kanser pada peringkat awal, dengan penggunaan yang konsistan, ia mampu mencegah kanser payudara, prostat, leukemia, kanser hati, kanser kulit serta paru-paru.

  • Penggunaan herba
Penggunaan herba yang tinggi kandungan anti kanser seperti herba Keladi tikus yang mengandungi Ribosome Inactivating protein akan mewujudkan persekitaran yang tidak sesuai bagi kanser untuk berkembang di dalam tubuh selain daripada penggunaan ubat moden yang lain. Herba Keladi tikus merupakan persediaan utama yang biasanya digunakan oleh masyarakat di sekitar asia tenggara bagi merawat kanser, hal ini diakui sendiri oleh beberapa journal kesihatan, salah satunya ditulis oleh Cheryll Williams di dalam bukunya bertajuk Medicinal Plants in Australia Volume 3: Plants, Potions and Poisons yang menunjukkan bahawa herba keladi tikus digunakan di Malaysia untuk merawat kanser, asma serta batuk kronik.
 
Artikel terpelihara Berkat Herba Nusantara @ lawankanser.net (Malaysia) 2009 - 2017
Back to content | Back to main menu