Penyakit kanser - Ubat Kanser Alternatif Terbaik Malaysia - Keladi Tikus (Typhonium Flagelliforme, Rodent Tuber, Tu ban xia, Laoshu yu)

Go to content

Main menu:

Penyakit kanser

Maklumat Kanser

Perkataan kanser itu sendiri datang dari bahasa latin iaitu crab. kanser atau lebih sinonim panggilannya dikalangan penduduk malaysia dengan barah merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak-seimbangan tindak balas sel dalam badan. Pada kebiasaanya, sel ini akan bertambah mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal seterusnya menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.

Umumnya 1 billion sel kanser diperlukan untuk membentuk selonggok tisu kanser bersaiz 1 diameter dan berat 1 gram. Oleh itu, kanser adalah sukar dan lewat untuk dikesan melalui teknik pengimejan. Rawatan kanser pula tidak hanya bergantung pada kaedah suntikan sahaja, terdapat beberapa cara seperti rawatan sinar radioaktif, pembedahan, ubatan konvensional sehingga kepada makanan tambahan yang mengubah persekitaran di mana terdapatnya sel kanser itu kepada satu persekitaran yang kurang sesuai untuk berkembang. Kanser boleh diibaratkan sebagai benda asing yang datang daripada kegagalan tubuh kita dan perlu dirawat dengan segera. Kaedah rawatan konvensional yang sedia ada beserta dengan pengambilan herba menjadikan potensi untuk kanser itu sembuh adalah lebih tinggi.






Kanser yang biasa di Malaysia ialah:

• Di kalangan lelaki- Kanser paru-paru tinggi di kalangan lelaki yang merokok diikuti kanser hidung (Nasopharyngeal cancer) dan kanser usus/colorectal.
• Di kalangan wanita- Kanser payudara adalah tinggi diikuti dengan kanser pangkal rahim.
• Kanser usus - kadar insiden meningkat pada kedua-dua jantina.
• Terdapat lebih dari 26,000 kes baru kanser dikesan di Semenanjung Malaysia.
• Wanita Malaysia mempunyai insiden kanser lebih tinggi (55 peratus berbanding 45 peratus) daripada lelaki.
• 1 dalam 5.5 warga Malaysia dijangka mendapat kanser sepanjang hayatnya.

Kanser adalah sejenis penyakit yang terhasil apabila sel pembunuh semulajadi (juga dikenali sebagai nature killer cell) yang ada dalam tubuh seseorang yang sepatutnya menghalang pertumbuhan kanser, tidak berada pada tahap yang optimum. Walaupun dikenali sebagai sel yang rosak, kanser pada hakikatnya merupakan sel hidup yang membesar, agresif serta boleh membawa maut jika tiada langkah pencegahan yang sewajarnya diambil. Kanser mempunyai sistem imunisasi yang kuat serta mempunyai kemampuan untuk membina kardiovaskular (saluran darah) yang tersendiri. Ia berkembang secara pecahan (multiply) pada kadar yang perlahan. Kanser biasanya dikaitkan dengan keturunan, pemakanan, gaya hidup yang kurang sihat serta radiasi, walau bagaimanapun, faktor lain juga memainkan peranan penting.

Penyakit kanser adalah penyakit yang melibatkan fikiran, tubuh dan jiwa. Jiwa proaktif dan berfikir positif sangat membantu dalam proses penyembuhannya. Beremosi dan sikap selalu negatif membuatkan tubuh kita berada dalam situasi tegang, ini menyebabkan tubuh menjadi lemah dan secara tidak langsung menyuburkan sel-sel kanser. Badan manusia terbentuk daripada berjuta-juta sel. Kanser adalah sejenis penyakit sel iaitu sel-sel tubuh membiak secara berterusan dalam keadaan yang tidak terkawal dan mengakibatkan pemusnahan sel-sel berdekatan seterusnya merebak ke organ-organ lain.

Kanser merupakan masalah kesihatan yang kian meningkat di seluruh dunia. Penyakit ini melibatkan kira-kira 9 juta penduduk dunia dan membunuh 5 juta yang lain. Menurut kajian di Malaysia, penyakit kanser merupakan salah satu daripada 10 penyebab utama kematian. Di sini jelas menunjukkan bahawa kanser juga merupakan satu masalah kesihatan yang serius dan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Kejadian sebenar kanser di Malaysia tidak diketahui dan dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala dari segi bilangan kes baru yang dikesan adalah dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun. Masalah kanser di Malaysia mungkin akan meningkat pada masa akan datang mengikut perubahan dalam gaya hidup dan persekitaran serta pertambahan pendudukan yang meningkat usianya.



sel kanser membiak secara pecahan (multiply).


Info Penting Mengenai Kanser :
Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing- masing. Sel kanser ini tidak dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah beberapa ribu juta sel. Sel kanser hanya akan dikesan apabila ia telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan.

Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah bagi mencegah penyakit kanser:

1. Tubuh seseorang akan membentuk sel kanser sebanyak 6 hingga 10 kali di dalam hayatnya.

2. Apabila sistem imun yang sihat musnah, maka ianya akan membuka ruang bagi sel kanser membiak dan membentuk tumor.

3. Kanser mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan, alam sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik.

4. Perubahan diet dan pengambilan makanan tambahan yang sesuai boleh mengekalkan kesihatan sistem imun.

5. Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yang sama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat. Begitu juga dengan rawatan radiasi.

6. Untuk penyembuhan tanpa memusnahkan sel-sel yang lain, penggunaan herba dilihat menjadi pilihan, walaubagaimanapun, pembacaan, rujukan serta kefahaman berkaitan adalah perlu bagi tujuan tersebut.

 
Back to content | Back to main menu