Tanda Tanda Kanser - Ubat Penawar Kanser Efektif - Keladi Tikus Malaysia (Typhonium Flagelliforme, Rodent Tuber, Laoshu yu)

Go to content

Main menu:

Maklumat Kanser
Tanda tanda kanser
Kanser boleh wujud di dalam pelbagai jenis dan bentuk, ianya mampu menyerang sesiapa sahaja pada sebarang peringkat umur, jadi adalah sangat penting bagi seseorang itu mengambil berat tentang sebarang perubahan yang di luar kebiasaan yang terjadi pada tubuh masing-masing seperti: ketulan yang muncul secara tiba-tiba, samada pada permukaan kulit atau di dalam daging, kencing berdarah dan perubahan sewaktu dan selepas membuang air besar yang ketara. Gejala-gelaja ini mungkin juga disebabkan oleh penyakit yang lain, tak semestinya oleh kanser, oleh itu adalah sangat penting untuk berjumpa dengan doktor bagi mengesahkan simptom yang dialami itu bukanlah disebabkan oleh penyakit kanser.

Bagaimana jika ianya kanser?
Tanda-tanda yang ada itu tidak boleh terus dikatakan kanser, ianya sangat bergantung pada ujian yang dijalan oleh pihak hospital, samada melalui kaedah biopsi mahupun x-tray, dan keputusan itu biasanya boleh diketahui kurang daripada dua minggu selepas ujian persempelan dibuat, namun jika ianya terbukti adalah kanser, maka anda akan dirujuk kepada pakar sebelum sesebuah keputusan diambil bagi merawat penyakit yang dihidapi. Biasanya rawatan menggunakan kimoterapi akan disarankan.

Berikut adalah beberapa contoh tanda-tanda kanser, walaupun tidak semestinya namun harus diberi perhatian:

  • Ketulan pada sekitar buah dada atau di bawah ketiak (terutamanya wanita)
Anda seharusnya segera berjumpa dengan doktor jika terdapat sebarang ketulan pada sekitar buah dada atau anda menemui sebarang ketumbuhan yang membesar dengan cepat pada seluruh bahagian tubuh anda, berjumpa dengan doktor pada peringkat awal dan disertakan dengan rawatan segera mampu mengelakkan kanser yang ada daripada terus merebak kepada organ lain.

  • Batuk yang teruk, sakit dada atau kesukaran bernafas.
Sila berjumpa dengan doktor jika anda mengalami batuk yang berterusan melebih tiga minggu. Simptom seperti nafas yang pendek atau sakit yang menyucuk pada bahagian dada (terutama pada mereka yang merokok) ianya mungkin merupakan tanda radang paru-paru. Rawatan awal: jika anda merokok, sila berhenti merokok dengan segera.

  • Perubahan pada tabiat membuang air besar - adalah perlu untuk berjumpa dengan doktor jika anda mengalami simptom yang disenaraikan ini lebih dari empat minggu:
  1. Sangat kerap atau susah membuang air secara tiba-tiba.
  2. Terdapat darah di dalam najis.
  3. Cirit-birit atau sembelit yang berpanjangan tanpa sebab yang jelas.
  4. Anda merasakan usus tidak dikosongkan sepenuhnya walaupun selepas ke tandas -  perasaan tidak puas.
  5. Merasakan kesakitan pada perut atau pada dubur, terutamanya selepas ke tandas.
  6. Mengalami kembung perut yang berterusan (melebihi 3 minggu)

  • Pendarahan secara tiba-tiba - anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda mengalami pendarahan secara tiba-tiba, seperti:
  1. Pendarahan dalam air kencing.
  2. Pendarahan tiba-tiba yang keluar daripada vagina (bukan semasa haid)
  3. Pendarahan pada sekitar saluran najis.
  4. Pendarahan semasa batuk atau muntah.

  • Tahi lalat - anda perlu merujuk kepada doktor jika anda mempunyai tahi lalat yang:
  1. Tidak mempunyai bentuk yang teratur atau tidak simetri.
  2. Mempunyai sempadan yang tidak teratur serta bergerigi.
  3. Mempunyai lebih dari satu warna pada satu tahi lalat.
  4. Ukurannya lebih besar dari 7mm diameter.
  5. Gatal, berkerak dan berdarah.

* Tanda-tanda diatas merupakan kebarangkalian tanda-tanda kanser melanoma, sejenis kanser kulit.


Contoh kanser melanoma yang menyerang permukaan kulit. Bentuknya seakan-akan tahi lalat biasa.

  • Kehilangan berat badan secara tiba-tiba.
Jika anda merasakan berat badan anda merosot secara tiba-tiba, bukan disebabkan diet atau senaman yang dilakukan, segeralah rujuk kepada doktor, ianya mungkin salah satu daripada petanda bahawa terdapatnya sesuatu yang perlu diberi perhatian yang serius.

  • Perubahan pada suara
Adalah sesuatu yang normal jika suara berubah kepada lebih kasar atau serak, terutamanya sewaktu demam atau batuk, namun jika suara yang kasar itu tidak kembali normal selepas sebulan (atau lebih) segeralah berjumpa dengan doktor, ianya mungkin terdapat sesuatu pada sekitar peti suara anda.

  • Sukar menelan makanan
Jika anda merasakan kesukaran menelan makanan, walaupun ianya lembut, segeralah berjumpa dengan doktor kerana mungkin terdapat sesuatu yang mengganggu kerongkong dan perlu diberi perhatian.

  • Bengkak (seperti bisul)
Ianya perlu diberi perhatian yang penting, ini kerana biasanya kanser (jenis kanser daging) ini akan memakan daging pada bahagian dalam secara perlahan, dan pada kebiasaannya telah mencapat tahap 3 dan keatas selepas berjaya dikesan, oleh itu adalah sangat penting bagi mengambil tindakan segera jika terdapat sebarang bengkak yang luar biasa yang hadir pada seluruh bahagian tubuh.
 
Artikel terpelihara Berkat Herba Nusantara @ lawankanser.net (Malaysia) 2009 - 2017
Back to content | Back to main menu