Kanser: Rawatan Gabungan - Kanser - jenis-jenis, bentuk serta kaedah yang biasa digunakan bagi merawatnya.

Go to content

Main menu:

Kanser: Rawatan Gabungan

Maklumat Kanser
Kanser: Rawatan moden atau alternatif?
Kanser merupakan sejenis penyakit yang hangat diperdebatkan mengenai kaedah merawatnya, ada yang menyatakan bahawa hanya kaedah moden sahaja yang dapat merawatnya namun kadar kematian semasa rawatan tetap juga tidak berkurangan, ada yang menyatakan bahawa kaedah alternatif seperti penggunaan herba tidak dapat membantu pesakit namun ada yang sembuh dengan gabungan penggunaan herba di samping rawatan moden, jadi kaedah manakah yang terbaik?

Tidak ada jawapan yang paling tepat mengenai cara rawatan, namun mengikut pengamatan, kebanyakkan pesakit yang sembuh adalah mereka yang bertindak segera terhadap penyakit yang ada. Tindakan awal seperti menggunakan sumber rawatan yang ada amat membantu bagi merawat penyakit yang ada, kelewatan mendapatkan rawatan, samada moden atau alternatif akan menyebabkan kanser yang ada semakin lama semakin rumit untuk diubati, ditambah pula dengan pemakanan yang tidak terjaga akan menjadi sumber kepada sel kanser untuk membesar.

Adalah perlu diketahui bahawa kanser bukanlah sejenis penyakit yang boleh dipandang remeh, ianya kebal terhadap beberapa jenis ubat dan mampu membina perumah yang baru (berjangkit pada organ lain di dalam tubuh) walaupun pesakit telah menjalani rawatan, terdapat banyak kes di mana mereka yang telah mendapat rawatan tetapi tidak sempat sembuh disebabkan oleh kanser yang telah merebak, hal ini telah menjadi perbahasan pada cerdik pandai yang melihat penggunaan kaedah alternatif daripada sumber herba adalah diperlukan, kajian juga telah dibuat terhadap penggunaan herba bagi membantu pesakit kanser namun disebabkan oleh beberapa polisi maka kaedah ini telah dinafikan, walaupun ada yang telah sembuh selepas mengamalkannya.

Herba merawat kanser
Bermula daripada sakit biasa seperti sakit gigi sehingga kepada kanser, penggunaan herba seperti Keladi tikus telah menunjukkan satu perkembangan yang amat positif, ianya telah menjadi salah satu daripada kaedah merawat yang amat berkesan, ianya tidak hanya dapat merawat malah mampu mengawal sel kanser daripada terus merebak, hal ini telah mendapat perhatian daripada beberapa buah universiti dalam dan luar negara bagi membuat kajian menyeluruh terhadap kandungan merawat kanser yang ada padanya.

Adalah perlu diketahui bahawa pemakanan yang tidak terkawal seperti pengambilan gula dan garam berlebihan, makan makanan yang diproses seperti sosej atau daging burger, makanan yang diawet seperti sardin, makanan yang tinggi kandungan bahan pewarna dan perasa seperti keropok segera, merokok, mengambil alkohol serta emosi yang tidak terkawal akan menyebabkan kanser yang ada menjadi semakin subur dan sukar untuk dirawat walaupun pada masa yang sama pesakit sedang mengambil ubatan yang boleh merawat kanser, oleh itu elakkan mengambil makanan seperti yang tersenarai di atas, jaga pemakanan juga telah terbukti dapat mengurangkan keaktifan kanser yang ada, emosi yang stabil disamping penggunaan herba seperti keladi tikus secara konsistan juga dilihat dapat memperlahan kanser yang ada daripada terus berkembang.

Keladi tikus : Penakluk kanser semulajadi
Tidak ramai yang mengetahui akan kewujudannya, malah ada yang tersenyum apabila mendengar namanya, tetapi disebalik itu terdapat sejuta rahsia yang mampu mengubah kehidupan pesakit kanser. Rekod awal penemuannya adalah pada tahun 1819 (rujuk The Botanical Cabinet, Vol. 4, George Loddiges, Arch John & Author, 1827, London) oleh seorang pengkaji dari eropah bernama G. Loddiges manakala sampel pokok diambil dari Serampore, Utara Bengal dengan bantuan seorang doktor bernama Dr. Carey. Pokok ini merupakan sejenis tumbuhan liar yang telah menjalani kajian universiti tempatan dan luar negara, malah ianya juga turut dijadikan sebahagai bahan utama di dalam beberapa jenis ubat tradisional cina.

Penggunaan herba ini merupakan kaedah rawatan utama didalam merawat pelbagai jenis kanser pada zaman sebelum rawatan moden diperkenalkan, kebanyakkan daripada pengamal perubatan berasaskan herba mencampurkan herba Keladi tikus kedalam ramuan mereka. Selain tidak mempunyai kesan sampingan, pesakit juga menunjukkan tindakbalas yang positif namun disebabkan oleh kepupusan maka penggunaan herba ini menjadi semakin terhad dan kurang diketahui umum.
 
Artikel terpelihara Berkat Herba Nusantara @ lawankanser.net (Malaysia). Setiap kajian yang dipaparkan adalah disertakan dengan sumber rujukan, sila klik pada pautan yang telah disediakan bagi tujuan pengesahan.Sila gunakan Google Chrome atau Safari untuk paparan yang lebih memuaskan.
Back to content | Back to main menu